Resepi Nasi Minyak Dan Ayam Masak Merah Sesuai Untuk Pelbagai Majlis Yang Patut Anda Cuba

Assalammualaikum..

Buntu memikir kan menu untuk anda sekeluarga?Nak - nak terasa untuk membuat kelainan di hari minggu, tetapi tiada idea nak masak apa?

Nah! Nie resepi nasi minyak kenduri sedap! Marvelous.. Yummy..

Bahan bahan:

  • Beras Basmathi – basuh dan tos
  • Minyak sapi
  • Majerin Planta
  • Bunga lawang, kayu manis
  • Bawang merah - hiris
  • Halia - sagat dan ambil jus
  • 1 sudu besar jus Sunquick
  • Sedikit Garam
  • Sedikit pewarna seperti kuning dan merah
  • Sedikit susu cair


Cara cara:

  • Panaskan minyak sapi dan majerin planta. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Kemudian masukkan bawang merah yang telah dihiris.

Nota: boleh lebihkan minyak sapi jika suka nasi minyak yang rasa kuat.

  • Bila bawang telah wangi dan keperangan, masukkan ke dalam periuk nasi yang mengandungi air yang telah disukat mengikut sukatan beras. Nyalakan api. Kacau dan masukkan sedikit garam.

Nota: sukatan air = 1 pot= 1 ¼ pot air
Beras dibasuh bersih dan tos. Bila air telah mendidih, masukkan beras dan kacau rata. Biarkan seketika.

  • Sementara itu, sediakan air perahan halia. Sagat halia dan dapatkan jus nya. Atau blend je halia, kemudian tapiskan. Masukkan air halia ke dalam periuk nasi.
  • Seterusnya, masukkan dalam 1 sudu Oren Sunquick atau jus perahan lemon. Kemudian, tutup periuk.
  • Apabila nasi telah hampir kering, masukkan susu cair ke dalam nasi.  Gaulkan nasi hingga sebati.
  • Kalau mahu ada sedikit berwarna, boleh titiskan pewarna di atas nasi yang hampir masak. Jangan gaulkan nasi. Tutup periuk dan bila nasi telah masak, baru dikacau rata dan sedia untuk dihidangkan.

Nota: boleh juga masukkan kismis dan biji gajus yang digoreng.


Ayam Masak Merah


Bahan bahan:

  • 1 ekor ayam - lumur garam kunyit
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 batang serai - ketuk
  • 2 mangkuk kecil sos cili jenama Kimball - saya guna 2/3 botol besar
  • 3 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 2 sudu kecil garam
  • Minyak - untuk menumis

Bahan kisar

  • 25-30 tangkai cili kering
  • 5 sudu besar cili kisar
  • 2 biji bawang besar - saiz besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia


Bahan lain - opsyenal:

  • 1 biji bawang besar - hiris bulat
  • 1 tin kecil kacang peas
  • 1/4 tin susu cair
  • Daun ketumbar - tabur




Cara cara:

  • Ayam digoreng 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang besar hiris, serai, kulit kayu manis, bunga lawang sehingga wangi. Masukkan bahan bahan kisar dan tumis dengan api perlahan sehingga cili benar benar garing dan pecah minyak.
  • Masukkan cili sos, garam, gula dan serbuk perasa. Masukkan juga sedikit air. Kacau rata dan biarkan ianya mendidih serta pecah minyak.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata sehingga ayam masak dan kuah pecah minyak. Masukkan susu cair, kacang peas dan bawang besar hiris bulat. Siap dan bolehlah ditutup api.
  • Tabur daun ketumbar sebagai hiasan, jika suka sebelum dihidangkan.

OK.selamat mencuba..





Sumber rujukan: Azie Kitchen

Tiada ulasan