Resepi Ayam Percik Kelantan


Aduh dah bosan asyik menu ayam je..kalau tak grill, buat sup, tak pun ayam masak merah or kicap.

Kadang -kadang tekak pun tak boleh terima..hihi..demand sungguh..padahal itulah favourite kami sekeluarga..

Takpelah hari nie nak cuba buat kelainan sedikit..tiru stail negeri kelantan..AYAM PERCIK KELANTAN.

Sedap tak sedap lain cerita..yang penting kita cuba.

BAHAN-BAHANNYA

  • 3 keping bahagian dada ayam
  • 4 cawan santan pekat
  • 1 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
  • 2 inci halia*
  • 4 batang serai, hiris halus*
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)



BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM

  • 3 ulas bawang putih, dititik
  • 1 inci halia, hiris
  • 1 keping asam gelugor
  • Sedikit garam
  • Air untuk merebus


CARA MEMBUATNYA

UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.


UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....


Tarra..menjadi jugak akhirnya..anda pun boleh cuba juga OK...tukar selera untuk hari nie..


Tiada ulasan