Kek Batik Home Made Yang Patut Anda Cuba

Assalammualaikum..

Sempena cuti hari pekerja hari nie..hero june request buat kek batik biskut meri..so kenalah tunaikan permintaan hero nie.

Sebenarnya tak da pro sangat dalam membuatnya tapi demi tekak mereka ku turutkan jugak..hahaha.

Bahan-bahannya cukup mudah dicari dikedai runcit atau pasaraya yang berhampiran dengan rumah anda.

Untuk pengetahuan anda, June buat ikut campak-campak je..xda timbang ukur berapa milileter pun..sebab kat rumah tak de penimbang bagai..kikiki.

Yang penting buat dengan cara mudah.. Nanti tak jadi pulak kalau complicated sangat.

Resepi june nie serba satu..so,cara sukatan June pun ikut cara lama..guna cawan. Cawan minum teh tue.. Yang ala-ala comel gitu.hihi


BAHAN-BAHANNYA.

  • 1 Bungkus biskut merri (tak kisahlah perisa original, kopi,atau coklat) tapi June suka guna yang original dan biskut dipatahkan dua
  • 1 atau separuh bungkus Milo yang paket kecik
  • 1 sudu teh coklat (tak isi pun takpe sebab milo pun dah pahit plus sweet)
  • 1- 2 sudu planta atau marjerin
  • 1 cawan air suam
  • 1 atau setengah susu pekat. June guna separuh je sebab kalau letak satu cawan ianya terlalu sweet.
  • 1 biji telur 

CARA-CARA MEMBUATNYA:

June guna kuali untuk memasakkannya. Sebabnya ianya lebih mudah berbandingkan periuk..

Kita pilih mana yang mudah dan janji jadik.hahaha

So, first panaskan kuali terlebih dahulu dan cairkan planta dengan api yang sederhana. Once planta dah cair boleh isi air suam tersebut.

Second, Bila sudah sebati planta dan air tersebut, kacau kan milo tersebut sehingga sebati,pecahkan telur, tuang susu, dan kacau sehingga ianya menjadi pekat.

Dan terakhir, tuang biskut merri yang telah dipatah -patahkan.june suka patah dua je.sebab tak nak ianya kelihatan hancur sangat.

Padam api dapur dan sebatikan biskut tersebut dan dan tuangkan bahan tersebut kedalam bekas.jangan lupa tekan-tekan sehingga padat dan simpan didalam peti ais bagi cepat keras.

Agak-agak dah keras, boleh ngap dengan family tercinta.. Nyumnyum..

Selamat mencuba.




Tiada ulasan