Tukar Selera Dengan Telur Percik

Bosan dengan menu yang sama setiap hari? hari ini terfikir hendak buat masakan telur percik yang serba ringkas. Jimat masa kan.Kelazatannya dirasakan berbeza andai dibandingkan dengan hari-hari biasa.

Selama ini, hanya menu ayam percik sahaja yang terbayang di kepala sedangkan kuah percik boleh dipelbagaikan menu lain. Apa kata cuba menu percik yang diilhamkan ini khas untuk santapan tengahari ini atau makan malam nanti.    

Saya kongsikan resepi tentang masakan ini.

Bahan-bahan:
  • 5 biji telur - direbus dan dikupas kulitnya
  • 10 gm lengkuas         
  • 10 gm bawang putih       
  • 20 gm bawang merah-dikisar halus
  • 10 gm kunyit hidup      
  • 30 gm cili kering        
  • 10 gm asam jawa - diperah airnya
  • 10 gm serai - diketuk
  • 10 gm serbuk ketumbar
  • 20 gm halia
  • 50 gm santan   


Cara-cara membuat:
  1. Panaskan minyak terlebih dahulu dan gorengkan telur sehingga bertukar warna keemasan. Toskan dan biarkan ia sejuk seketika.
  2. Panaskan minyak dalam, kuali dan tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga wangi.
  3. Masukkan serai, santan, serbuk ketumbar dan air asam jawa.
  4. Didihkan kuah tadi sehingga pekat dan tambahkan perisa secukupnya.
  5. Tuangkan ke atas telur yang digoreng dan sudah siap untuk dihidangkan.

Bagi menambahkan selera, hidangkan lauk ini bersama nasi kerabu. 

Tarra.. siap sudah menu saya hari ini.

Selamat Mencuba.

Tiada ulasan